Follow Us on Twitter
Showing posts with label World. Show all posts
Showing posts with label World. Show all posts

world : From JAKIM



Reply from JAKIM :-

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1)McDonald 2) A&W 3) Secret Recipe

Restoran/syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
1) Victoria Station 2)Kam Lun Tai 3) Lotus Family Restoran

Restoran/syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) San Francisco Steakhouse 2)Chicken Rice shop 3)Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat.
KG Pastry atau Nora ini's Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarikbalik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah S/B, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

3. Assalamualaikum Terima Kasih Pada yang bertanya,



Mewarnakan rambut dr segi hukum syarak terbagi kepada :

1.Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam.Warna hitam hannya harus bagi yang berpenyakit sahaja.
2.Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
3.Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua
4.Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.
5.Harus mewarnakan rambut dengan izin Suami.

Dari segi ingredient pewarna rambut yg ada dipasaran terbahagi kepada 2 jenis yang mana kedua-duanya dalah halal dari segi bahan kandungan.
Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut menyerap air atau tidak ??
Pewarna rambut yang dipasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Pamenent Dye adalah jenis yang tidak menyerap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang islam.Begitu juga sebaliknya.

JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ianya di kilangkan di luar negara. Utk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal utk produk yang diproses di malaysia sahaja . Wassalam

4. Sehingga kini pengeluar supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha , kebanyakan supplement food dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray,Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak
Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan islam dinegara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM , maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan : Saya ingin tahu samada semua stall di foodcourt Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yg membezakan gerai yg halal dengan yg tidak halal. saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam K wan 's, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri's Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne's Pretzels,Cinnabon, Al-Marjan, Bong Sen (Vietnamese) , Chin oz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean's Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.

Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker's Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM..

King's Confectinery telah mendapat pengesahan halal JAKIM, Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

9. sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. pernyataan mencampurkan minyak babi untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM, maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan/produk di tempat tersebut.
waallahua'lam
Category: 0 ulasan

Kaya kerana buku, filem Harry Potter

LONDON: Kuasa magis Harry Potter membolehkan pengarang buku dan pelakon filemnya meraih lebih 600 juta paun (RM3 bilion) secara keseluruhannya.

JUTAWAN...Grint (kiri) Radclife dan Emma.
JUTAWAN...Grint (kiri) Radclife dan Emma.
JK ROWLING...bilionair.
JK ROWLING...bilionair.
Novelis, JK Rowling dilaporkan meraih kekayaan peribadi mencecah 519 juta paun (RM2.5 bilion) menerusi siri buku itu, menjadikannya pengarang paling kaya di dunia ketika ini, menurut Senarai Orang Paling Kaya Britain yang dikeluarkan akhbar Sunday Times.

Daniel Radcliffe, 20, yang membintangi filem adaptasi daripada buku JK, disenaraikan sebagai warga muda Britain kelima paling kaya dengan jumlah harta sebanyak 42 juta paun (RM207 juta).

Ia meletakkan dirinya di tangga lebih atas berbanding Putera William dan Harry yang menduduki tempat ke tujuh dengan harta peribadi masing-masing berjumlah 28 juta paun (RM137 juta) dalam kategori 30 tahun dan ke bawah senarai itu.

Emma Watson, 20, yang memegang watak Hermione Granger dalam filem Harry Potter, disenaraikan ditangga ke sepuluh dengan harta berjumlah 22 juta paun (RM108 juta).

Rakannya dalam filem berkenaan, Rupert Grint, 21, yang memegang watak Ronald Weasley pula menduduki tangga ke-12 dengan jumlah harta sebanyak 20 juta paun (RM98 juta).

Sementara itu, Robert Pattinson, 23, yang memainkan peranan sebagai Cedric Dighisgory dalam filem Harry Potter and the Goblet of Fire yang diterbitkan pada 2005, berada di tangga ke-14 dengan harta berjumlah 13 juta paun (RM64 juta).

Semua bintang Harry Potter itu mengalahkan penyanyi, Leona Lewis, Charlotte Church dan Cheryl Cole yang masing-masing berkongsi tangga ke-16 dan 20 dalam senarai Warga Muda Britain Paling Kaya.

Senarai utama yang dikeluarkan akhbar itu juga menunjukkan pencapaian golongan kaya United Kingdom sepanjang 12 bulan lalu walaupun Britain bergelut menghadapi pemulihan ekonomi yang rapuh.

Dalam tempoh setahun sahaja, kekayaan keseluruhan 1,000 orang paling kaya negara itu meningkat sebanyak 30 peratus dan kekayaan mereka meningkat lebih 77 bilion paun (RM379 bilion) kepada 333.5 bilion paun (RM1.64 trilion), peningkatan tahunan terbesar dalam sejarah 22 tahun senarai itu.

Jumlah bilionair juga meningkat seramai 10 orang kepada 53 dengan hartawan keluli, Lakshmi Mittal terus berada di tangga teratas selama enam tahun berturut-turut dengan hartanya dianggar berjumlah 22,450 bilion paun (RM110 bilion). - Agensi

Category: 0 ulasan